Akaun saifsmartresources.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Waqaf Mushaf Al-Quran Masjidilharam & Masjid Nabawi



NAK GANDAKAN PAHALA DENGAN WAKAF AL-QURAN ? 


Sering jemaah tanya saya.

Ustaz saya ni nak beri sedekah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tapi satu tabung pun saya tak jumpa dalam masjid ni ustaz.


Mulia sungguh Haji Hajah. Ganjaran segala amalan di Makkah gandaan 100,000 maka di Madinah 1000. Masya Allah Saya nak rebutlah peluang ni ustaz.


Ustaz nampak ada orang jual Quran ni kat tepi-tepi jalan.
Beli yang tu letak kat dalam Masjid boleh ke? 


Setiap hari pekerja masjid akan kemas dan mereka akan keluarkan mana-mana Al-Quran bukan cetakan origanal.Jadi ustaz bagaimana jika saya berhajat? 


Dua Kaedah :

1. Beli di Kedai Buku Cetakan Nabawiyah.
Tapi pasti mereka jual mahal dalam lingkungan 100-200sr senaskah.


2. Cara Kedua Kami Mutawwif uruskan Kami akan berurusan terus dengan pihak kilang dan kami boleh dapatkan dengan harga 50sr bersamaan RM60 senaskah termasuk pengurusan.


Izinkan kami membantu permudahkan urusan wakaf Al-Quran anda. 


Saya membuka peluang seluruh umat Islam di negara ini untuk bersama-sama meraih fadhilat ini dengan  membantu memudahkan urusan wakaf Al-Quran anda. 

Sabda Rasulullah SAW : 

"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripanya amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya" 

(Riwayat Muslim : 1631) 


VIDEO 




KELEBIHAN BERWAKAF

Allah SWT telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu

agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi

sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana


Firman Allah SWT 
yang bermaksud:

Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah
seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)



LAIN-LAIN KELEBIHAN BERWAKAF

  • Memberi peluang kepada anda dan keluarga untuk bersedekah di Kota Suci.
  • Mushaf Al-Quran akan berada di dalam masjidil haram & masjidil nabawi untuk beberapa tempoh jangka masa yang ditetapkan pihak masjid.
  • Pahala anda akan sentiasa mengalir walaupun anda telah meninggal dunia setiap kali pengunjung di tanah haram Mekah & Madinah membaca mushaf Al-Quran tinggalan anda.
  • Pahala berlipat kali ganda kerana dilaksanakan di Tanah Suci Mekah & Madinah
  • Dikurniakan umur yang panjang serta dimurahkan rezeki
  • Diberikan kesembuhan jika ada penyakit.
  • Diberikan ketenangan di dunia dan di akhirat
  • Melapangkan masalah dan kesulitan yang kita hadapi

AL-QURAN KHAS CETAKAN MADINAH


Tanda-tanda Quran Mushaf Asli

1. Ada cop rasmi
2. Tulisan Khat
3.Kulit cover depan Quran
4.Dan beberapa tanda yang lain.

Al-Quran yang dibekalkan untuk diletakkan di Masjdilharam & Masjid Nabawi ini adalah daripada cetakan asli daripada Madinah. Hanya cetakan daripada kilang Al-Quran di Madinah sahaja yang dibenarkan untuk diletakkan di dalam dua masjid suci ini. Selain daripada Al-Quran ini, para petugas haramain akan mengalihkan bagi memastikan keseragaman. Al-Quran ini mempunyai tanda dan cop tertentu yang membuatkan ia berbeza daripada Al-Quran lainnya. 



FAQ:

1. Dimanakah al-Quran ini diwakafkan?

Mushaf Al-Quran ini akan diwaqafkan untuk di Masjidil Haram (Mekah) dan di Masjd An-Nabawi di Madinah.

 2. Bagaimanakah cara untuk mewaqafkan al-Quran?

1. Waqaf al-Quran dengan harga RM 60 untuk satu naskhah, jumlah naskhah yang ingin ditaja adalah terpulang kepada diri anda. Sebagai contoh, RM 60 untuk senaskhah untuk satu penama yang ingin diniatkan waqaf, RM 160 untuk dua naskhah untuk dua orang penama yang ingin diniatkan waqaf dan begitulah seterusnya.

2. Anda hanya perlu membuat bayaran atas talian dengan:

a. Pilih kuantiti bahagian al-Quran yang mahu diwaqafkan.

b. Isi maklumat yang diperlukan.

c. Pilih lokasi Al-Quran ini ingin diwaqafkan sama ada di mekah atau madinah

d. Isi maklumat penama yang di niatkan untuk waqaf

e. Buat  pembayaran menerusi 'online transfer' dan selesai

3. Setelah berwaqaf anda digalakkan untuk mengikuti "Telegram Channel" Ahmad Saifullah bagi melihat gambar dan aktiviti sumbangan berkenaan waqaf al-Quran. 



BERSEMPENA BULAN MAULIDURRASUL INI
SAYA INGIN MENGAJAK ANDA SEMUA UNTUK TURUT SAMA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM WAQAF MUSHAF ALQURAN HARAMAIN

JOM BERSAMA-SAMA KAMI DALAM SAHAM AKHIRAT INI. 

Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua pewaqaf yang sudi menyertai program waqaf ini. Jazakumullah kheir. Moga-moga setiap kebaikan dan amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT serta mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. In sha Allah. Amin...